Ambil suntikan vaksin Covid-19 syarat utama bagi jemaah haji sebelum memasuki Arab Saudi

Mengerjakan ibadah haji merupakan rukun Islam kelima yang mana ia dituntut untuk mengerjakannya bagi yang berkemampuan paling kurang sekali seumur hidup.

Namun semenjak wabak Covid-19 menyerang seluruh dunia tahun lalu menyebabkan perancangan orang ramai dari segenap pelusuk dunia untuk mengerjakan ibadah tersebut terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga kes kembali reda.

Suntikan vaksin syarat utama

Bagaimanapun, kini kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan kenyataan bahawa orang ramai dibenarkan untuk mengerjakan ibadah haji dengan syarat mereka perlu menerima suntikan vaksin terlebih dahulu sebelum memasuki negara tersebut.

Kenyataan itu telah dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kesihatan Arab Saudi pada Isnin yang lalu yang mana suntikan tersebut adalah wajib bagi mereka yang ingin datang menunaikan haji.

"Vaksin Covid-19 adalah wajib bagi mereka yang ingin datang menunaikan haji dan akan menjadi salah satu syarat utama."

-Menteri Kesihatan Arab Saudi-

Jumlah pengunjung dikurangkan

Di samping itu, bagi mengelakkan berlakunya masalah penjarakan sosial antara jemaah, pihak mereka turut melakukan sedikit pembaharuan iaitu mengurangkan jumlah jemaah haji menjadi sekitar 1,000 orang bagi mencegah penyebaran virus tersebut.

Menurut sumber, keputusan itu dibuat bagi mengurangkan penularan virus Covid-19 sekaligus tidak mahu kejadian lalu berulang apabila beberapa jemaah mengalami masalah sesak nafas dan penyakit lain sejurusnya mereka kembali ke negara masing-masing.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen