"Jangan salahkan agama, salahkan diri sendiri!" - PU Syed 'hentam' kenyataan Sajad keluar agama

Nama usahawan kosmetik, Muhammad Sajad atau lebih disenangi dengan panggilan Nur Sajad sekali lagi menjadi fenomena dan buah mulut orang ramai apabila dia menyatakan hasrat ingin keluar dari agama Islam.

Kenyataan itu telah dikeluarkan sendiri olehnya menerusi sebuah video yang telah tular di media sosial baru-baru ini.

"Lepas JAIS keluarkan 'statement', saya sudah malas nak fikir.

"Saya cakap ini bukan nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam."

"Saya keluar daripada agama Islam, itu lebih afdhal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam."

-Sajad-

Wajarkah orang lain dipersalahkan?

Susulan kejadian itu, seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai PU Syed tampil memperjelaskan pandangan dari pihaknya menerusi posting di Instagram miliknya  berkenaan dengan kenyataan Sajad yang seolah-olah menganggap orang ramai adalah asbab utama terhadap keputusannya untuk keluar daripada agama Islam.

 

"Bertaubat kepada Allah, hatimu akan tenang"

Kapsyen itu ditulis oleh PU Syed terhadap hantaran yang dimuat naik olehnya beserta dengan pandangannya yang menyatakan bahawa keputusan Sajad untuk keluar daripada Islam bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapinya bahkan keadaan mungkin akan jadi lebih parah.

Buktinya kini dia terus diburu oleh pihak JAIS kerana gagal menghadirkan diri ke Mahkamah sekaligus menjadi buah mulut orang ramai di atas tindakannya itu.

Meninjau di ruangan komen pula, pelbagai pandangan yang diterima daripada warganet berkenaan isu tersebut tak kurang juga yang menitipkan pesan dan doa agar Sajad diberi hidayah supaya kembali ke fitrah asalnya.

'Dia nak attention je tu'

'Tak boleh salahkan sesiapa'

 

 

'Semoga diberi hidayah'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen