"Kebenaran rentas negeri sempena Aidilfiri masih dipertimbangkan." -Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob

Sejak beberapa hari ini, negara kita telah menunjukkan trend penurunan kes harian Covid-19 yang sedikit melegakan dari hari ke hari.

Susulan perkara itu, dalam satu sidang media Menteri Pertahanan Kluster Keselamatan iaitu Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa kemungkinan rentas negeri boleh dibenarkan dengan penilaian risiko dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan rakyat boleh pulang beraya di kampung pada tahun ini.

Ingin semua pulang ke kampung

Pun begitu, beliau turut meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun lalu atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini."


" Tahun lepas atas nasihat KKM, kita tak balik raya. Saya juga orang kampung, mesti nak balik kampung, ia dah jadi rutin, bila tak dapat balik kampung saya juga kecewa."

-Dato' Seri Ismail Sabri-

 

Keputusan dipertimbangkan sebaik-baiknya

Tambahnya lagi, keputusan untuk membuka sempadan negeri perlu dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya kerana tidak mahu kejadian lalu berulang iaitu wujudnya kluster balik kampung sekaligus mencatatkan rekod kes baharu yang tinggi.

"Tetapi dengan kes yang semakin menurun dan R-Naught yang juga menurun sehingga 0.88 setakat ini, KKM akan menilai, jadi kita doakan raya tahun ini boleh balik kampung."

-Dato' Seri Ismail Sabri-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen