Tak dapat tahan air mata, tindakan cikgu keluar kelas tanpa ucapan untuk anak murid undang sebak

Mulianya tugas seorang guru ini adalah mendidik anak bangsa menjadi seorang insan yang berguna di masa hadapan walaupun perlu berdepan dengan pelbagai karenah dan gelagat.

Lambat atau cepat semuanya pasti akan berubah bersilih ganti termasuklah terpaksa melepaskan anak murid tingkatan 5 selepas berakhirnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  pada tahun ini.

Perkongsian video di Tiktok oleh seorang anak murid yang bernama Aiman Zainal ini telah menyentuh hati ramai orang yang di mana video tersebut memaparkan detik-detik pilu cikgunya mengesat air mata keluar dari kelas tanpa meninggalkan sepatah kata.

 

Betapa rapat dan dekatnya insan yang bergelar guru ini dengan anak muridnya sehingga berat hati ingin melepaskan anak didik yang selama ini ada bersamanya meskipun dalam waktu yang singkat susulan pandemik Covid-19 yang menyebabkan sesi pembelajaran hanya dilakukan secara dalam talian 'online'.

Bagaimanapun perkongsian oleh Aiman telah membangkitkan semula rasa rindu orang ramai terhadap cikgu mereka dahulu sekaligus mengundang sebak.

'Cikgu dah anggap macam anak sendiri'

'Masa terlalu singkat'

'Sebak melanda'

'Rindu sekolah, rindu cikgu'

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen