Terpaksa berpisah dengan ayah, anak lelaki menangis kejar kereta hingga 'berguling' sentuh hati

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi isteri seorang tentera bukan sahaja berhati kental namun perlu kuat untuk menjalinkan hubungan jarak jauh kerana kerjaya mereka ini tidak tentu masa. Bukan sahaja isteri, namun anak-anak juga perlu kuat untuk lalui perkara tersebut.

Berjauhan bukan sehari dua, namun berkemungkinan berbulan-bulan yang kadang kala tidak pasti keadaan dan keselamatannya.

Sedih terpaksa berpisah dengan ayah

Menerusi aplikasi TikTok dikenali sebagai @nnnna180218 berkongsi sedikit akan moment anaknya yang terpaksa berpisah dengan bapanya kerana bertugas sebagai tentera.

Berdasarkan video tersebut, Kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Nuqman itu terlihat menangis teresak-esak sebelum cuba mengejar bapanya yang sudah pergi meninggalkannya dengan sebuah kereta.

Jumpa lagi selepas 4 bulan

Difahamkan, perkara tersebut akan berlaku apabila bapanya telah habis cuti dan bakal kembali bertugas.

Lebih sedih lagi, apabila mereka sekeluarga akan kembali berkumpul selepas empat bulan terpisah yang sememangnya satu jangka masa yang lama.

“Sedih tengok dia menangis...”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa sebak melihat perpisahan bapa dan juga anak itu selain turut berkongsi pengalaman hampir sama terpaksa berjauhan dengan orang yang tersayang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen