Dedah wajah anak, Zahirah & Aiman sepakat pilih nama Isaac Raess buat 'baby boy'

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasti ramai yang ternanti-nanti ingin melihat wajah anak sulung dari pasangan selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahriah Macwilson.

Akhirnya, selepas dua bulan menimang cahaya mata pertama, pasangan ini akhirnya mendedahkan wajah anak lelaki tersayang kepada umum.

Hal tersebut dikongsikan sendiri menerusi Instagram Zahirah dan Aiman, di mana mereka telah memuat naik gambar buah hati tersayang berserta namanya.

 


Sehubungan dengan itu juga, pasangan selebriti ini turut membuat akaun Instagram bayi mereka untuk berkongsi gambar-gambar perkembangan Isaac Raees sejak dilahirkan.

Terdahulu, Zahirah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 8 Januari 2021 di Australia selepas mendirikan rumah tangga pada Februari 2020.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen