Selepas setahun tutup, PM ketua negara pertama jejak kaki ke Tanah Suci

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas setahun Kaabah di Masjidil Haram, Makkah di tutup berikutan wabak pandemik Covid-19, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi ketua negara yang pertama memasuki tanah suci tersebut.

Sempena lawatan rasmi Arab Saudi

Difahamkan, Ahli Parlimen Pagoh itu diberi peluang memasuki ke dalam Kaabah untuk menunaikan ibadah umrah pada malam tadi pada waktu tempatan sebelum memulakan lawatan rasmi enam hari ke negara Asia Barat.

Beliau juga diringi oleh isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu kehormat lain yang dikongsikan di laman Twitter oleh Haramain Sharifain.

PM mengucup hajar Aswad

Sehubungan dengan itu, Muhyiddin dan isteri turut berpeluang mengucup hajar Aswad dimana tempat menjadi tumpuan para jemaah sehingga sanggup bersesak-sesak setiap kali menunaikan ibadah haji ataupun umrah.

 

Untuk makluman, Perdana Menteri dan isteri tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang Sabtu waktu tempatan (10.31 malam di Malaysia) untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Lawatan itu adalah bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga penjaga dua masjid suci.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen