Bimbang ayah tak 'handsome', anak perempuan Shukri Yahya menangis tak bagi potong rambut

Oleh: Zuzu Yasmine

Pelakon Shukri Yahya sememangnya satu nama besar di dalam negara ini. Bukan sahaja terkenal sebagai aktor berbakat namun, juga dikenali sebagai bapa penyayang.

Buat yang mengikuti perkembangan keluarga pelakon ini, tentu sedia tahu akan gelagat anak sulung pelakon ini yang sememangnya mencuit hati.

Terbaru, isteri kepada aktor ini, Tya Adnan ada memuat naik beberapa gelagat anak sulung mereka Aaira Ameena di ruangan InstaStory.

Tak bagi ayah potong rambut

Menerusi rakaman video tersebut memaparkan Aaira Ameena sedang menangis serta menghalang bapanya keluar daripada pintu rumah mereka.

Menurut Tya Adnan, ketika itu suaminya ingin pergi trim rambut namun, dengan penuh emosi puteri sulung mereka tidak membenarkan bapanya memotong rambut.

Berdasarkan video yang dikongsikan, dengan menangis teresak-esak Ameena menyatakan bahawa bapanya tidak ‘handsome’ jika memotong rambut.

“Nanti tak handsome...” katanya dalam tangisan.

Janggut dan misai pun tak boleh

Menurut Ameena lagi, dia suka melihat rambut ayahnya sebegitu dan tidak mahu bapanya memotong rambut seperti adiknya.

Tarik baju tak bagi keluar

Terus mengusik anaknya, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu mengatakan bahawa dia ingin membuang misai dan janggutnya kerana berasa rimas namun, turut tidak dibenarkan oleh Ameena.

Untuk makluman, Shukri dan Tya berkahwin pada November 2015 dan sudah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan juga Maleeq Miqayl.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen