Dulu gemar pakai emas, ramai tak sangka MK keluar 3 hari berturut-turut belajar ilmu agama

Nama MK K-Clique bukanlah lagi terdengar asing dalam dunia selebriti. Penampilannya yang ranggi dan menyerlah sering menjadi perhatian ramai terutamanya dalam kalangan para gadis.

Bagi yang mengikuti perkembangan semasa anak kelahiran Sabah ini mungkin sudah mengetahui bahawa baru-baru ini MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan telah keluar selama 3 hari berturut-turut untuk mendalami ilmu agama.

Mas Khan dan MK belajar ilmu agama

Melalui hantaran yang dimuat naik oleh seorang warga Facebook yang dikenali sebagai Farith Zul telah mendedahkan bahawa penyanyi Rap itu telah menuntut pengajian ilmu agama di sebuah Pusat Pengajian di Jerantut Pahang.

"Walaupun zahirnya nampak 'rock&blues' namun, hati mereka lembut dan mudah tersentuh dengan dakwah."

Begitulah antara nada kapsyen yang ditulis oleh Farith melalui muat naik kenyataan di Facebook miliknya yang mana turut dikongsikan 2 gambar MK pada posting berkenaan.

Selain penyanyi MK, pelakon Mas Khan turut serta bersamanya dalam kumpulan berkenaan.

Meskipun masih baru, berita gembira itu meraih perhatian ramai terutamanya dalam kalangan para peminatnya yang menyokong usaha dan semangatnya untuk mendalami ilmu agama sekaligus mendoakan supaya mereka berdua sentiasa istiqomah.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen