Tak sampai hati lihat rumah tangga anak menantu terus diganggu, Datin Fatima minta pelaku segera bertaubat

Masalah keretakan rumah tangga sering terjadi yang mana kebiasaanya berpunca daripada kehadiran orang ketiga.

Peribahasa melayu ada berbunyi, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang dan ungkapan itu sering kali dipadankan dengan situasi tersebut yang bermaksud masalah itu takkan terjadi jika sebelah pihak tidak melayan.

Begitulah juga yang berlaku dalam rumah tangga pelakon dan pengarah terkenal tanah air iaitu Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.

Terdahulu, desas desus ada mengatakan bahawa rumah tangga pasangan ini dilanda badai yang mana berpunca daripada orang ketiga yang iri hati melihat kebahagiaan mereka sehingga hubungan mereka hampir sahaja berpisah namun, kerana masih sayang mereka berdua ambil keputusan untuk berbeza haluan sementara waktu sekaligus memberi ruang kepada diri masing-masing.

 

Fasa berbaik

Menerusi temu bual oleh wartawan Melodi hari ini, Puteri Sarah sempat ditemu ramah berkenaan dengan perkembangan semasa dia dan juga rumah tangganya itu dan pelakon Melastik Ke hatimu itu jelas memaklumkan bahawa kini hubungan dia dan Syamsul Yusof berada di fasa berbaik.

" Kami dalam fasa berbaik seperti mana yang dilihat di Instagram kami. Syamsul kerap datang ke rumah untuk melihat saya dan anak-anak."

-Puteri Sarah-

Di kesempatan itu, dia juga tidak kekok untuk mengakui bahawa perpisahan 'sementara' dengan suaminya itu adalah waktu yang terbaik untuk mereka bermuhasabah diri.

"Anak-anak masih kecil, jadi kami tak nak terburu-buru membuat keputusan yang bole merosakkan semua. Bagus juga dengan perpisahan sementara ini dan bukan perpisahan selama-lamanya."

-Puteri Sarah-

Ibu mentua minta individu sedar perbuatannya

Selain Puteri Sarah dan Syamsul Yusof, Datin Fatima yang merupakan ibu mentua kepada Puteri Sarah juga turut menyatakan rasa simpatinya melihat nasib yang menimpa rumah tangga anak menantunya itu.

"Kenapa mesti nak lakukan sesuatu yang bolej meruntuhkan masjid? Itu dosa besar. Janganlah ada iri hati. Kasihanilah anak-anak mereka."

-Datin Fatima-

Beliau juga turut menitipkan pesan buat individu tersebut supaya segera bertaubat di atas perbuatannya itu yang sudah jelas sekali berdosa kerana mempunyai niat untuk meruntuhkan masjid (rumah tangga) yang dibina oleh Syamsul Yusof dan Puteri Sarah walaupun umum sedia maklum mereka kini sudahpun memiliki 2 orang cahaya mata iaitu Syaikul dan Sumayyah.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen