Polis terima laporan kes penculikan, tunggu pemilik video pula beri keterangan

Polis Bentong dalam kenyataannya pada Selasa memaklumkan telah menerima laporan berhubung kes cubaan dua orang wanita bukan warganegara menculik seorang kanak-kanak di Taman Tema Genting Highlands.

 

Polis terima laporan penculikan

Ketuanya, Superitendan Zaiham Bin Mohd Kahar berkata, laporan itu dibuat oleh pihak keselamatan tempat berkenaan pada Isnin.

Bagaimanapun, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada pihak terlibat dan akan cuba menghubungi pemilik akaun Tiktok yang menyebarkan video tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Mungkin imej teks

 

 

Video cubaan culik tular

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaklumkan bahawa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik dua orang wanita warga asing.

Menurut pemilik akaun, kanak-kanak berkenaan telah ditarik masuk ke dalam sari, namun mujur penjaganya sempat menyedari hal itu dan terus membawa perkara itu kepada pihak pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

 

@alfitry_azmi52 Hati-hati yang mana bawa anak, semalam kat Genting, almost jadi kes besar. #sindiket #culikanak #genting@Maz 🌻 ♬ original sound - alfitryazmi52

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen