Ramai 'sangkut' sebab 'drama' tengah jalan, gadis tampil dedah punca dirinya mengamuk

Beberapa hari lalu, tular di Twitter akan sebuah video menyaksikan 'drama' tengah jalan membabitkan orang awam yang dipercayai berlaku di Setapak, Kuala Lumpur.

Hantaran tersebut kemudiannya mengundang pelbagai tanda tanya apabila rata-ratanya mempersoalkan punca kejadian itu sehingga menyebabkan laluan mereka terhalang sepenuhnya.

 

Drama tengah jalan punca sesak

Kemudian, tampil seorang wanita yang juga merupakan individu terlibat dalam pertelingkahan tersebut menjelaskan perkara sebenar yang menyebabkan dirinya 'naik hantu' tengah jalan.

 

 

Menurut cerita gadis itu, dia bengang apabila seorang lelaki berpangkat pakcik dengan beraninya naik tangan terhadap ibunya atas sebab yang tak diketahui.

Padahal, kejadian itu berlaku disebabkan oleh pakcik itu bilamana dia tiba-tiba membunyikan hon sejak masing-masing berhenti di lampu isyarat Seri Rampai.

"Dia pukul mak aku"

Tidak terhenti di situ, pakcik terbabit juga dikatakan terlebih dahulu memintas kereta gadis berkenaan dan melakukan brek kecemasan sebelum bertindak keluar dari kereta.

"Aku keluar tanya apa masalah dia, dia tinggikan suara pula lepastu tolak aku, dia pukul mak aku dengan sepupu aku."

Video pergaduhan yang tular

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen