Diarah tukar sekolah sebab jujur? Cikgu Fadli dedah alasan 'tak logik' PPD

Beberapa hari ini, isu yang menimpa seorang guru bernama Mohd Fadli Salleh menjadi perhatian dan bualan hangat dari kalangan wargamaya.

 

Dikenakan tindakan sebab jujur

Beliau yang amat dikenali dengan gelaran Cikgu Fadli memaklumkan bahawa dirinya dikenakan tindakan tatatertib hanya disebabkan menyebut tentang kebenaran berhubung 'kerosakan' yang berlaku dalam sistem pendidikan.

Dalam hantaran yang dimuat naik, memaparkan surat tunjuk sebab yang diterima daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan menyatakan bahawa  Cikgu Fadli akan dibuang kerja atau turun pangkat disebabkan tindakannya.

"Kenapa takut kebenaran?"

Tidak terhenti di situ, beliau kemudiannya tampil membuat satu sesi 'live' bagi mengulas lanjut isu tular yang menimpa dirinya.

 

 

"Saya cuma nak bagitahu ada 'kerosakan' perlu dibaiki, dah banyak kali saya suarakan yang mana saya siap sertakan dengan jalan penyelesaian."

"Tapi dia (pihak atasan) tak boleh terima kelemahan..."

 

Diarah tukar sekolah luar musim 

Selain itu, Cikgu Fadli turut berkongsi pengalaman bahawa sebelum ini beliau juga pernah menerima tindakan sama daripada pihak atasan kerana isu sama.

Ujarnya, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengeluarkan arahan pertukar sekolah dengan alasan telah berkhidmat di sekolah semasa lebih daripada 5 tahun.

Walhal, pada tahun itu seramai 10 orang guru memohon pertukaran tetapi tidak diluluskan.

"Aku tak ada apa-apa ditukarkan dengan sebegitu mudah lepastu ditukarkan di luar musim pertukaran guru."

"Saya cuma nak bagitahu ada kerosokan perlu diperbaiki"

Meskipun menerima sokongan penuh daripada ramai pihak di luar sana, Cikgu Fadli bagaimanapun menegaskan tidak semestinya beliau berada di pihak yang betul.

Malah, bukan niatnya juga menjadi punca orang ramai  saling menyalahkan atau memburukan pihak kementerian berhubung perkara tersebut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen