Wanita terkilan sayur dimasak dibuang mentua, siap suruh anak perempuan masak lain lagi

Oleh: Zuzu Yasmine

Hidup sebumbung dengan mentua bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun restu diberi untuk berkahwin dengan anaknya namun bila tinggal bersama mereka boleh mencetuskan pelbagai perkara.

Lebih-lebih lagi buat menantu perempuan, tentunya tinggal bersama mentua adalah perkara yang menakutkan.

Penat masak belum hilang

Seperti wanita ini yang meluahkan rasa hati di aplikasi TikTok akan gelagat ibu mentua yang mengguris hatinya.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Dek Nana itu, dia ‘makan hati’ akan sikap mentuanya yang membuang sayur masakannya buat sanpatan keluarga.

Nana mengatakan selesai memasak dia mengambil air wuduk namun, hairan apabila melihat periuk berisi lauk yang dimasaknya telah pun kosong.

Suruh anak sendiri masak

Melihat ke belakang rumah, dia cukup terkilan dan sedih apabila masakannya telah dibuang oleh mentuanya. Lebih sedih lagi apabila mentuanya menyuruh anak perempuan yang baru pulang untuk masak hidangan yang lain.

Meskipun tidak mahu makan atau menjamah makanan tadi, Nana berharap lauk tersebut dibiarkan sahaja kerana akan dimakan oleh tuan badan sendiri bagi elak pembaziran.

“Sabar, belajar masak dengan mentua”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memahami akan perasaan wanita berkenaan yang terluka dengan sikap mentua. Namun, ada juga yang turut berkongsi pengalaman dengan mentua masing-masing.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen