SPRM giat jalankan operasi, 32 pegawai JPJ antara diberkas terlibat rasuah

Dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan bersih tanpa aktiviti rasuah, kerajaan kini giat membuat operasi (Ops Sukat) secara besar-besaran berhubung dengan kes tersebut di 5 negeri sejak semalam.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 32 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) antara 44 berjaya diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mana mereka didapati terlibat dalam sindiket melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khusunya membawa muatan lebih serta tidak memenuhi aspek teknikal.

Tiga lagi ditahan

Menerusi sumber yang dipetik dari laporan Harian Metro, tiga lagi anggota penguatkuasa JPJ Pulau Pinang telah direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dengan kes rasuah tersebut.

Pun begitu, perbuatan yang dipercayai berlaku sejak tahun 2019 sehingga 2020 itu disyaki menerima suapan daripada pengusaha dan pekerja syarikat pengangkutan sebagai balasan supaya tidak mengambil  tindakan undang-undang ke atas lori milik syarikat mereka yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Melibatkan pelbagai gred 

Selain itu, kesemua penguatkuasa JPJ itu melibatkan kakitangan dari pelbagai gred termasuk pegawai kanan yang dipercayai bertugas di Pulau Pinang dan bayaran yang diterima oleh setiap anggota penguat kuasa JPJ adalah sebanyak RM150 sehingga RM3,000 secara bulanan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen