Belum sempat jual satu 'cup' pun, peniaga terkilan meja jualan patah habis semua air tumpah

Adat meniaga itu kadang-kadang kita akan pulang untung dan ada harinya kita akan rugi namun, tidak beerti kita tewas dan putus asa. Itulah asam garam dalam berniaga.

Hidup dalam dunia perniagaan ni memang perlu kuat, selain berdepan dengan pesaing yang datang dari pelbagai sudut dan aspek, kita juga akan berdepan dengan ujian yang terjadi di luar jangkaan kita seperti yang berlaku kepada warga Tiktok ini.

"Baru siap-siap nak meniaga, rebah meja."

Menurut bangmer, meja yang merupakan tempat letak air balang untuk jualan pada hari itu patah sekaligus menyebabkan air tumpah dan balang air miliknya pecah.

Sedih dan terkilan memikirkan reaksi emaknya yang sudah beberapa hari nak penuhkan keempat-empat balang air tersebut untuk jualan pada hari itu.

Pun begitu, dia akur dengan semuanya dan percaya bahawa ada rezeki lain yang Allah sediakan untuknya selepas apa yang terjadi.

Meninjau ke ruangan komen pula ternyata orang turut terkilan dengan apa yang menimpa bangmer serta tak kurang juga yang menitipkan kata-kata semangat buatnya agar diluaskan lagi rezeki selepas ini.

'Ada hikmahnya'

'Bersabarlah, ada rezeki lain lepas ni'

'Jangan putus asa'

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen