Potong kek sambil menangis, ibu sebak terima 'surprise' cincin dari anak-anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Impian setiap anak tentunya ingin membuat ibu mereka bahagia, lebih-lebih seorang ibu sanggup bertarung nyawa demi melahirkan anak-anaknya ke dunia ini.

Meskipun, wang ringgit atau emas tidak mampu membalas segala pengorbanan ibu namun, berjaya membuat dirinya tersenyum juga sudah memadai.

Seperti seorang pemuda ini yang berkongsi moment saat membuat kejutan ulang tahun kelahiran buat ibu tercinta bersama adik beradiknya.

Ibu sebak potong kek

Menerusi perkongsian pengguna TikTok yang dikenali sebagai pokmea_  memaparkan detik seorang wanita sedang memotong kek sambil dengar sorakan sekeliling memintanya untuk mengeluarkan sesuatu daripada kek tersebut.

Namun, ketika sedang asyik mengeluarkan sesuatu tiba-tiba wanita berkenaan sebak akan kejutan yang diterima dari dalam kek yang dipotong itu.

“Nangis ummie aku, semoga ummie sentiasa dimurahkan rezeki dan kesihatan yang sempurna,” doa pemuda tersebut diruang kapsyen.

Dapat cincin dari anak-anak

Dalam perkongsian video yang lain pula, ibunya dengan sebak membuka dua kotak cincin yang diterima daripada anak-anaknya.

“Tiba-tiba teringat mak”

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet yang rata-rata turut sebak merindui ibu masing-masing selain turut mendoakan kesejahteraan ibu kepada pemuda itu.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen