"Mama tak sengaja."-Anak menangis tersedu dapat tahu kucing kesayangan mati dilanggar

Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang menjadi pilihan ramai orang kerana sifatnya yang manja dan senang untuk dibela.

 

Bukan sahaja perempuan bahkan lelaki juga tergolong dalam golongan yang mempunyai minat terhadap haiwan ini sehinggakan mereka digelar pencinta kucing.

Sejauh mana tahap cintanya seseorang itu terhadap kucingnya dapat dilihat menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok yang memaparkan detik-detik saat anaknya mendapat tahu kucing kesayangannya mati.

"Maaf sayang, mama tak sengaja langgar kucing kesayangan abang."

Menurut wanita itu, kucing kesayangan anaknya mati kerana dia tidak sengaja terlanggar haiwan tersebut sekaligus memohon maaf di atas apa yang terjadi kepada anaknya.

Perkongsian video itu menerima pelbagai komen yang rata-ratanya simpati akan nasib yang menimpa budak lelaki itu yang masih sedih sehingga tersedu-sedu di atas kehilangan haiwan tersebut kerana menurut mereka walaupun boleh diganti mungkin perasaan sayang itu tak sama macam kucing yang sebelum ini.

'Dapat rasa apa yang dia rasa'

'Auto sedih tengok'

'Ganti takkan sama'

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen