"Ikan tidur..."-Teringin nak pergi akuarium, helah ayah bawa anak pergi pasar buat ramai terhibur

Segarang-garang dan tegasnya seorang ayah, ketahuilah bahawa ada rasa sayang dari sudut hatinya yang paling dalam.

Antara sifat seorang bapa yang mungkin anak-anak sedia maklum mengetahuinya adalah cuba untuk penuhi segala keinginan anak-anak meskipun terpaksa berhempas pulas tenaga setiap hari bagi mendapatkannya kerana kebahagiaan anak-anak adalah keutamaan mereka, para ayah.

Pun begitu, lain pula kisahnya yang berlaku kepada seorang warga Facebook ini yang dikenali sebagai Radee Ibrahim dan juga merupakan seorang bapa.

Muat naik hantaran di akaun Facebook miliknya telah mencuri perhatian warganet apabila melihat usahanya cuba untuk memenuhi keinginan anak kecilnya yang teringin untuk ke 'Sentosa Aquarium'.

Menurutnya, dia tiada bajet yang cukup untuk membawa anaknya ke tempat yang diinginkan jadi, dia mengambil untuk bawa ke pasar ikan serta memaklumkan kepada anaknya bahawa ikan semua sedang tidur.

Pelbagai respon yang diterima oleh Radee menerusi hantaran tersebut dan ada juga yang turut mengatakan dia layak untuk terima anugerah khas tahunan.

'Penipuan terbesar zaman kanak-kanak'

'Bangga dengan dia'

'Father Of The Year'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen