'Parking' kereta tengah jalan, 2 lelaki lena tidur dalam kereta dipercayai mabuk

Isu berkenaan dengan pemandu mabuk sering menjadi bualan rakyat jelata susulan kesannya bukan sahaja melibatkan diri sendiri tetapi juga orang awam apabila pemabuk ini sewenang-wenangnya memandu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Apa yang menjadikan ia satu perkara yang seriuasdan membimbangkan adalah apabila hal itu kemungkinan besar akan mengakibatkan kemalangan sekaligus banyak nyawa yang melayang di tangan pemandu mabuk.

Pemandu mabuk tidur tak sedarkan diri

Namun, lain pula ceritanya dengan video yang tular baru-baru ini apabila dua warga India yang dipercayai mabuk didapati tidak sedar diri(tidur) di persimpangan lampu isyarat sehingga menyebabkan laluan pengguna jalan raya yang lain terganggu dek kerana kejadian tersebut.

Video itu telah tular di laman Twitter namun, lokasi kejadian dan maklumat lanjut berhubung kejadian itu masih belum dikenal pasti. Bagaimanapun, memang tidak dapat dinafikan pelbagai reaksi yang dapat dilihat apabila meninjau ke ruangan komen.

Selain menganggap wajar tindakan dua orang pemandu mabuk itu kerana tidak meneruskan pemanduan mereka yang mungkin akan mengakibatkan kemalangan tetapi tak kurang juga yang menidakkan perkara tersebut.

 

'Lebih baik tidur dari langgar orang'

 

'Lebih elok tidur tepi jalan'

'Nasib baik buka tingkap'

 

 

 

'Kenapa ramai yang sokong?'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen