Hanya bergantung gaji harian isteri, polis santuni keluarga suspek kes curi beras dan susu

Setiap orang diuji dengan pelbagai masalah tidak kiralah siapapun dia namun, percayalah semuanya berlaku bersesuaian dengan kemampuan kita.

Sebelum ini tular satu rakaman video yang memaparkan seorang individu yang dipercayai mencuri sekampit beras dan susu selepas 11 jam melakukan jenayah tersebut.

Hanya bergantung gaji harian isteri

Bagaimanapun, suspek telahpun ditahan untuk siasatan dan menurut Ketua Polis Balai Kota Tinggi iaitu Inspektor Wan Nasrul Fariq Wan Ismail, faktor yang mendorong perkara itu berlaku adalah apabila kesempitan hidup yang dialami oleh suspek dan keluarga.

Mereka hanya bergantung dengan pendapatan isteri sebanyak RM30 sehari namun, menurutnya itu bukanlah alasan untuk melakukan hal yang demikian.

Ekoran kejadian tersebut, beliau telah berkunjung ke kediaman isteri suspek untuk menyerahkan sumbangan dan mendapati keluarga tersebut hidup dalam keadaan susah ekoran hanya bergantung pada pendapatan isteri yang hanya makan gaji harian.

"Keluarga ini agak susah dengan hanya bergantung pendapatan isteri RM30 sehari. Itu pun kalau ada kerja baru ada gaji."

"Memandangkan ada anak-anak kecil yang mungkin memerlukan makanan asa jadi kita mengambil inisiatif hadir membantu meringankan sedikit beban keluarga ini melalui sumbangan barangan keperluan asas."

-Wan Nasrul-

Dinasihatkan jangan ambil jalan mudah

Di samping itu, tambah beliau lagi dalam satu kenyataan mengingatkan orang ramai agar berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan terutaman dalam kes jenayah yang tidak membawa apa-apa manfaat.

"Suspek mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Anak sulungnya bersekolah di darjah tiga. Ketika kita datang isterinya hanya menangis sebak."

"Kita harap orang ramai agar jangan ambil jalan mudah walau apa pun masalah yang kita hadapi. Setiap tindakan yang kita ambil akan ada kesannya."

-Wan Nasrul-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen