Lokasi majlis tak terurus dan tiada makanan, pengantin terpaksa hidangkan tetamu nasi bungkus

Menghitung detik meraikan hari bahagia sebagai suami isteri pastinya merupakan antara detik yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan dan bagi memastikan majlis yang diidamkan berjalan dengan lancar, pastinya segala persiapan sudah dirancang lebih awal bermula daripada lokasi majlis, jumlah tetamu jemputan, tema majlis dan termasuklah hidangan makanan supaya tetamu tidak pulang dalam keadaan lapar dan tangan kosong.

Pun begitu, lain pula kisahnya dengan bakal pengantin daripada seberang ini apabila katering yang ditempah membuat onar di majlis perkahwinannya.

 

 

 

@luthfiazhars

Ada yang kenal sama pelakunya? Atas nama ekarisma.catering

♬ hometown slowed down twenty one pilots - les

 

 

Video tersebut telah dimuat naik oleh Luthfi Azhar yang memaparkan detik-detik di sebuah majlis perkahwinan apabila katering tidak sampai dan segala persiapan tempat makan juga tidak diurus dengan baik walhal tetamu sudah mula memenuhi lokasi tersebut.

Susulan kejadian itu, sebagai alternatifnya tuan rumah terpaksa menempah makanan bungkus untuk dijamu oleh tetamu yang sudah hadir.

Melihat keadaan pengantin yang teraniaya itu pastinya kita rasa marah dan sakit hati kerana apa yang dirancang dan diharap tidak seperti yang dibayangkan seterunya, apabila meninjau ke ruangan komen, nyata ramai yang turut berang dengan cara kerja katering tersebut.

'Tak terbayang kalau aku yang kena'

 

'Kita senasib'

 

'Dahlah nikah tu sekali seumur hidup'

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen