Gementar menghitung hari, Datuk Seri Siti Nurhaliza dijangka bakal bersalin awal Ramadan

Menerusi sumber daripada portal Astro Gempak, pelantun kepada lagu Akulah Bidadari Syurgamu itu bakal melahirkan cahaya mata keduanya pada awal bulan Ramadan ini.

Hitung hari ingin melahirkan

Sewaktu ditemu bual di majlis pelancaran yang bertempat di Muzium Kesenian Islam pada hari Selasa, beliau memaklumkan bahawa itu mungkin acara terakhir yang beliau dapat hadiri sebelum bercuti panjang.

"Insya-Allah ini acara terakhir yang saya hadiri dan selepas ini saya akan bercuti panjang sebelum melahirkan anak kedua saya yang tinggal beberapa hari sahaja lagi."

-Datuk Seri Siti Nurhaliza-

Akui tetap rasa gementar

Bercakap tentang perasaan beliau menghitung hari bakal melahirkan, memang tidak dapat dinafikan olehnya bahawa perasaan gementar itu tetap dirasai walaupun itu bukanlah pengalaman pertama melahirkan. 

"Semua wanita mempunyai pengalaman yang sama setiap kali ingin nak bersalin, sudah tentu saya ada perasaan gementar."

"Saya pasti tidak akan mengalami pengalaman yang sama seperti melahirkan anak pertama dahulu."

-Datuk Seri Siti Nurhaliza-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen