Borang rentas negeri dicop siap-siap, netizen kesal anak bekas anggota dapat layanan istimewa

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini tular akan foto borang pemohonan rentas negeri yang sudah dicop oleh pihak polis meskipun belum diisi dengan lengkap.

Difahamkan, foto tersebut dimuat naik di ruangan status WhatsApp yang meluahkan rasa teruja untuk melakukan rentas negeri.

Foto tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen sekaligus merasakan tindakan tersebut tidak adil.

Akui salah

Bagaimanapun, menurut seorang pengguna Twitter mengakui kesalahan tersebut yang memuat naik borang masih kosong.

Tambahnya, pemohonan rentas negeri tersebut adalah kerana untuk menghadiri temuduga perkerjaan dan memiliki surat.

Bapa bekas polis

Jelas pengguna Twitter itu lagi, gadis berkenaan mendapat kemudahan tersebut disebabkan bapanya merupakan bekas anggota polis.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut telah dipadam dari laman Twitter berkenaan kerana menuruti pemintaan daripada tuan punya badan.

Ada borang lain siap cop

Sehubungan itu, tular juga cop serta tanda tangan yang dikatakan dari balai polis yang sama terdapat pada dua borang pemohonan rentas negeri tanpa diisi dengan lengkap.

"Dua darjat"

Perkongsian tersebut telah mendapat kecaman dari netizen yang rata-rata tidak berpuas hati dan berharap agar diperhalusi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen