Kasih pada anak, bapa teruja hantar ke MRSM naik motosikal

Beberapa hari lalu bermula sesi persekolahan bagi para pelajar sekolah menengah. Pasti masing-masing teruja bertemu dengan rakan-rakan.

Hantar anak naik motosikal

Tular hari ini apabila seorang pelajar tingkatan satu mendaftar di MRSM Muar bersama bapanya dengan menaiki motosikal.

Berdasarkan perkongsian pengguna Facebook Musa Muhamad Ali meluahkan rasa sebak bercampur kagum melihat semangat bapa pelajar berkenaan.

Lebih kagum lagi, wajah anak yang kelihatan tanpa sedikit rasa malu meskipun pelajar-pelajar lain dihantar menaiki kereta.

“Sebak bercampur kagum  menyaksikan semangat si ayah membawa anaknya mendaftar dengan raut wajah ceria si anak tanpa sedikitpun rasa malu walaupun pelajar-pelajar lain dihantar dengan kereta,” luahnya.

Dalam pada itu, pengguna Facebook tersebut turut mendoakan agar pelajar itu terus cemerlang menjadi insan hebat akademik dan akhlaknya.

“Belajar rajin-rajin adik”

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut sebak selain mendoakan kejayaan buat anak tersebut.

Anda masih keseorangan?

884,300 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen