Kerana tak nak kerja, remaja sanggup mengaku positif Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara memalsukan laporan ujian calitan Covid-19, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun direman selama tiga hari bermula hari ini.

Menerusi laporan Harian Metro, perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nur Izzaty Muhammad Zahari di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 420/468 Kanun Keseksaan.

Semalam, polis menahan remaja perempuan itu di Taman Mutiara Rini, di sini, bagi membantu siasatan memalsukan laporan keputusan ujian calitan Covid-19.

Sehubungan itu, remaja berkenaan ditahan 1 tengah hari, susulan laporan polis yang diterima daripada pemilik sebuah restoran di Skudai, kelmarin.

Pengadu menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada pekerjanya dengan menghantar sekeping gambar surat mendakwa positif Covid-19.

Ia mengakibatkan majikan lelaki berusia 32 tahun itu menghentikan sementara operasi restoran dan ke klinik bersama 12 pekerjanya untuk membuat ujian calitan.

Keputusan ujian calitan mendapati semua pekerjanya termasuk majikan restoran negatif Covid-19.

Lelaki berkenaan kemudian bertanya kepada individu itu sebelum mengaku menipu majikannya disebabkan tidak mahu datang bekerja kerana merasakan diri tidak sesuai bekerja sebagai pelayan restoran.

Remaja itu baharu sehari diterima bekerja di restoran terbabit.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen