Buang bayi hingga sebabkan kematian, remaja 19 tahun dihukum gantung

Menerusi laporan yang dipetik daripada akhbar Sinar harian hari ini, seorang pembantu kedai makan berusia 19 tahun berdepan hukuman gantung  selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh apabila didapati terlibat dalam kes pembuangan bayi sehingga menyebabkan kematian.

Ahmad Shamil Ashraf dipercayai telah membuang bayi yang dilahirkan kekasihnya di dalam semak hingga menyebabkan kematian pada 29 Mac lalu.

Mengaku bersalah

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka iaitu Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman memaklumkan hasil soal siasat mendapati remaja perempuan itu mengaku melahirkan bayi tersebut hasil hubungan sulitnya bersama teman lelakinya Januari tahun lalu sebelum disahkan mengandung pada Mac 2020.

Berdasarkan pertuduhan, yang tertuduh didakwa telah melakukan bunuh ke atas seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan remaja perempuan berusia 17 tahun antara jam 12.01 pagi hingga 10.30 malam di kawasan semak tepi jalan berhampiran Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Ahmadiyah pada hari kejadian.

Bagaimanapun, menurut Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menetapkan 19 Mei depan sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat .

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen