Masih jaga 'privacy' anak, Fattah dan Fazura belum sedia buka akaun Instagram peribadi untuk Fatima Aisya

Sejak lahirnya puteri pertama mereka, Fazura dan Fattah Amin lebih memilih untuk tidak terlalu mendedahkan anak mereka di media sosial dan buktinya apabila memasuki tahun baru, barulah mereka mendedahkan wajah Fatima Aisya kepada pihak media.

Fatima bukan 'content' untuk kejar 'likes'

Susulan perkara itu, sehingga kini dia dan suaminya iaitu Fattah Amin tidak membuat akaun Instagram untuk anaknya yang kini sudah berusia 6 bulan walaupun ramai peminat yang menantikan agar Fatima memiliki akaun Instagram sendiri beserta dengan video-video rutin hariannya seperti anak selebriti yang lain.

"Kami memang tak terfikir nak terlalu dedahkan anak kami di media sosial. Ditambah lagi, dia bukan 'content' untuk kami menarik perhatian pengikut dan mengejar 'likes' orang ramai."

-Fazura-

Video Fatima hanya dimuat naik di akauna Instagram keluarga

Menurut Fazura biarlah masa yang menentukan dan setakat ini jika ada video-video Fatima yang ingin dikongsikan, Fazura dan Fattah akan kongsikannya di 'fattzuralovelife' yang merupakan akaun Instagram keluarga.

"Memang tak dinafikan, ramai orang yang meminta untuk saya dan Fattah buat video Fatima, tapi kami biasanya akan kongsikan video yang dirasa bagus dan sesuai saja di Instagram keluarga."

"Setakat ini, Fatima tidak ada akaun Instagram peribadi kerana kami rasakan tidak perlu. Namun, sehingga bila biar masa yang menentukan. Apa yang saya dan suami kongsikan di fattzuralovelife pun sekadar yang kami fikir bagus dan perlu saja."

-Fazura-

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen