Penantian 28 tahun berakhir, Highland Tower bakal dirobohkan

Kondominium Highland Tower terkenal dengan bermacam-macam kisah mistik susulan daripada tragedi tanah runtuh satu daripada tiga blok kondominiun pada 11 Disember 1993 yang telah meragut seramai 48 nyawa.

Genap 28 tahun usia bangunan itu, akhirnya bangunan Highland Tower akan dirobohkan tidak lama lagi dan kenyataan itu telah diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Datuk Zuraida Kamaruddin pada sidang media selepas merasmikan Kempen Sebuah Kehidupan di Ampang Glasshouse.

Penantian selepas 28 tahun berakhir

Menurutnya, proses demi proses yang perlu dilalui hingga sampai ke tahap tersebut dan akhirnya dia mampu menarik nafas lega dan syukur akhirnya mendapat kelulusan untuk merobohkannya.

"Syukur, Alhamdulillah selepas 28 tahun kita berjaya menempuh semua proses perundangan yang terbabit dan ia (tapak) sudah boleh dibersihkan dan (bangunan) dirobohkan."

"Keputusan ini pastinya menjadi satu ketenangan kepada penduduk yang tinggal berhampirannya."

-Zuraida-

Manfaatkan tapak dengan lebih efektif

Tambah Zuraida lagi, kini pihaknya hanya menunggi kebenaran daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya(MPAJ) bagi memulakan aktiviti permberihan tapak itu.

"Kerja-kerja perobohan bangunan sedia ada dan pembersihan kawasan akan dibuat selepas pembayaran pampasan tanah diselesaikan, dijangka dalam masa terdekat."

"Projek pembangunan yang bersesuaian akan dilaksanakan di tapak itu bagi mengoptimumkan penggunaan tanah sedia ada secara lebih efektif."

-Zuraida-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen