Kes bunuh Zulfarhan: Pembela tutup kes, bapa terima segala keputusan

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasti masih segar diingatan akan kes kematian seorang pelajar Universiti Pertahanan Awam Malaysia (UPNM) yang didakwa didera sehingga mendatangkan kecederaan serius sekaligus membawa kepada kematian pernah tular beberapa tahun lepas.

Terbaru, pihak pembelaan telah menutup kesnya selepas memanggil 20 saksi pada perbicaraan kes 18 penuntut UPNM yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang mengambil masa selama dua tahun.

Menurut laporan Harian Metro, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah kemudiannya menetapkan 10 Mei untuk pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis setelah peguam yang mewakili tertuduh keempat, memaklumkan pihak pembelaan menutup kes berkenaan.

Bagaimanapun, bapa Zulfarhan Osman, Zulkarnain Idros, 57, ketika ditemui media selepas prosiding kes itu berkata, beliau dan keluarga menerima apa sahaja keputusan hakim kelak.

"Saya terima apa sahaja keputusan hakim...di sini lah (mahkamah) untuk membuktikan dia (tertuduh) buat atau tidak. Moga ia berpihak kepada kami semua," katanya yang hadir pada prosiding itu bersama isterinya Hawa Osman, 58.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 penuntut UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan terhadap 18 tertuduh itu.

Difahamkan, lima tertuduh berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan manakala seorang didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Manakala 12 lagi, juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa kerana didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 dan 5.30 pagi 21 Mei 2017.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen