Dilihat foto bersama, Nabila Razali & Hafiz Hamidun dah berbaik

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini tular akan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun dikatakan menyindir naynyian Nabila Razali di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL35) hampir sebulan lalu.

Bagaimanapun, terbaru kedua-duanya dilihat bergambar dalam satu foto serta sebuah hamper dipercayai untuk diserahkan kepada penyanyi lagu Peluang kedua itu.

Menerusi laporan mStar Online, komposer berusia 37 tahun itu sudah bertemu dengan Nabila bagi menjelaskan perkara yang berlaku selain memilih untuk berdamai.

“Daripada apa yang kami bincangkan, Nabila nampak positif dan memaafkan saja kalau ada salah silap.

“Saya juga secara peribadi katakan maaf pada Nabila kalau isu itu menggores hatinya… niat saya sekadar bagi komen peribadi, itu sahaja,” katanya.

Berdasarkan foto yang dimuat naik di Instagram itu, Hafiz memberikan sebuah hamper kepada Nabila ketika menjayakan satu penggambaran bersama semalam.

“Sempena Ramadan yang bakal tiba, sempat shooting dengan @nabila.razali. InsyaAllah semoga Ramadan lebih bermakna dan moga success untuk Nabila,” tulisnya.

Terdahulu, Hafiz memuat naik ciapan di laman Twitter seolah-olah memperlekehkan kemampuan vokal Nabila menerusi persembahan lagu Peluang Kedua.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen