Patut beri contoh lebih baik, Neelofa mohon maaf isu rentas negeri & majlis perkahwinan langgar SOP

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas diasak dengan pelbagai kecaman daripada netizen, selebriti dan usahawan terkenal, Neeloga akhirnya memohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti berhubungan majlis pernikahannya serta isu rentas negeri ke Pulau Langkawi.

Difahamkan, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor membuat permohonan maaf tersebut menerusi sebuah rakaman video yang dihantar kepada media hari ini.

Neelofa mohon maaf

Dalam rakaman video tersebut, selebriti berusia 32 tahun itu menyedari bahawa dia dan suaminya Haris Ismail sepatutnya menunjukkan teladan yang baik sebaliknya telah terlepas pandang dalam banyak perkara.

“Saya serendah dan seikhlas hati memohon maaf dengan segala kesalahan berhubung SOP tidak kiralah dalam pengetahuan ataupun tidak.

“Saya serta suami mengakui dan menerima dengan hati terbuka untuk segala keputusan serta tindakan pihak berkuasa.

“Sekali lagi saya memohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti tentang hal ini, ada banyak perkara terlepas pandang dan sepatutnya memberi contoh lebih baik mengenai hal itu,” katanya dalam video tersebut.

Selesai beri keterangan

Dalam kesempatan itu juga, Neelofa memaklumkan bahawa keluarga kedua-dua pihak termasuk keluarga Haris telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung isu pelanggaran SOP majlis perkahwinan pada 27 Mac lalu.

“Hari ini semua urusan telah selesai, kedua-dua belah keluarga, saya dan Haris telah hadir ke IPD Dang Wangi untuk beri keterangan bagi membantu siasatan pihak berkuasa.

“Saya dan Haris pergi pada awal minggu ini, keluarga suami pada beberapa hari lalu manakala keluarga saya hari ini. Alhamdulillah semua urusan selesai.” Katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen