Kecil-kecil cili api, budak lelaki jual baju bundle live di FB dapat 14 ribu tontonan

Oleh: Zuzu Yasmine

Media sosial seperti Facebook menjadi salah satu platform untuk para peniaga menjual barangan niaga mereka. Lebih-lebih lagi memilih untuk lakukan siaran langsung di Facebook membuatkan peniaga mudah mempamerkan barang meniaga mereka.

Tular baru-baru ini apabila kepetahan seorang kanak-kanak ketika bercakap sekaligus menjual baju-baju menerusi Facebook ‘live’ menjadi perhatian netizen.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ahm Bundle, menceritakan bahawa FB live kanak-kanak itu awalnya hanya miliki empat orang penonton.

Bagaimanapun boleh naik dengan mendadak sebanyak 14ribu orang, malah gelagat kanak-kanak itu juga terlihat sangat menyenangkan hati orang ramai.

“Dia up sehelai-sehelai baju sambil gayanya yang comel menyanyi dan menari. Terhibur penonton tengok gayanya,” kongsinya di ruangan Facebook.

Tambahnya, kanak-kanak itu juga memaklumkan bahawa dia tidak pandai bermian game tetapi hanya mahu fokus menjual sahaja.

Dengan gelagat yang sememangnya mencuit hati itu, ada beberapa pelanggan terbuka hati untuk membeli baju-baju yang dijual olehnya membuatkan dia rasa gembira.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum akan kesungguhan kanak-kanak itu selain turut mendoakan agar rezekinya dimurahkan lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen