"Sendiri buat sendiri tanggung..." - Tunjuk kiriman Whatsapp, Chef Wan maafkan Serina

Oleh: Zuzu Yasmine

Nampaknya semakin tegang krisis antara Chef Selebriti, Redzuawan Ismail dengan anak perempuannya Serina yang dikatakan telah bernikah tanpa pengetahuan dirinya.

Untuk makluman, pendedahan mengejutkan itu telah dimaklumkan oleh Chef Wan sendiri menerusi akuan Instagram miliknya.

Terbaru, Chef Wan telah memuat naik beberapa bukti akan kiriman WhatsApp yang dipercayai dihantar oleh Serina kepadanya berhubung isu pernikahan itu.

Menerusi ruang kapsyen gambar tersebut, Chef Wan mendakwa bahawa anaknya memutar belit cerita sehingga menjadi kucar kacir.

“Demi Allah saya bersumpah di atas Al Quran saya tahu yang dia dah nikah dan dia cuma bagi tahu saya tiba-tiba dia dah beritahu saya dia nak Nikah!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian yang lain pula, Chef Wan memaklumkan bahawa kiriman yang diterima itu tidak dibalasnya malah turut mengatakan bahawa dia sebagai bapa perlu berhak tahu.

“Bila saya terima kiriman ini minggu lepas dan saya tak respon sampai hari ini.

“Sebagai bapa kamu rasa saya berhak dan perlu tahu tak?,” ujarnya.

Chef Wan turut berpesan kepada anaknya agar tidak membelakangkan ibu bapa jika tidak mahu nama baiknya buruk.

Bagaimanapun, di akhir perkongsian tersebut, Chef Wan mengatakan dia telah memaafkan anaknya itu namun tidak akan lupa apa yang telah dilakukan terhadapnya.

“Ya, saya telah memaafkan anda berdua sebagai ayah tetapi saya tidak akan lupa apa yang telah anda berdua lakukan terhadap saya!” katanya lagi.

Diharapakan, masalah dua beranak ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen