Lepas 3 minggu bertarung nyawa dengan Covid-19, bapa Azlan Typewriter meninggal dunia

Pelantun lagu bertajuk 'Jangan Khinati Aku' dalam satu kenyataan hari ini mengkhabarkan bahawa bapanya telah meninggal dunia selepas tiga minggu bertarun nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Detik akhir hanya di Video Conference

Menurut Azlan atau nama sebenarnya Nor Azlan Rosle Sallehudin memaklumkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang selepas mendapatkan rawatan rapi (ICU) dan apa yang lebih memilukan adalah dia Azlan memberitahu bahawa dia hanya berpeluang melihat detik terakhir pemergian bapanya menerusi sidang video.

"Ayah saya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.25 petang tadi(Rabu). Perasaan itu jadi sayu bila saya tengok sendiri Allahyarham perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhir."

"Pihak hospital beri kebenaran kami video conference dan semua adik-beradik saya pun ada sekali dalam sesi video tersebut."

"Bila sampai fasa ini(tak boleh uruskan jenazah bapa sebab Covid-19), saya hanya berserah kepada ketentuan Allah SWT."

-Azlan-

Terima kasih buat staf hospital

Selain itu, Azlan berkesempatan mengucapkan terima kasih kepada pihak Hospital Selayang yang telah memberikan sepenuh kerjasama dalam menguruskan jenazah bapanya."

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Hospital Selayang yang memberikan sepenuh kerjasama yang baik dalam menguruskan jenazah bapa saya."

-Azlan-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen