Hidup sendiri tanpa keluarga, pak cik mualaf gembira dapat pakaian baru dari Ustazah Asma'

Dalam sedang kita sibuk menyiapkan persiapan menyambut hari lebaran tidak lama lagi, nyata ada lagi orang di luar sana yang mungkin tidak berkesempatan melakukan hal yang sama kerana masih berusaha keras bekerja lebih masa tidak kiralah tua ataupun muda.

Jika kita lihat individu yang sudah melebihi umurnya juga masih bekerja dalam keadaan kudratnya yang jelas sekali lemah namun, kerana memikirkan keluarga rumah mendorong mereka untuk berbuat demikian bagi meneruskan kelangsungan hidup sehari-harian.

Kisah Pak cik Mikhail sentuh hati

Terbaharu, pendakwah bebas yang disegani iaitu Ustazah Asma' Harun telah berkongsi kisahnya bertemu dengan seorang pemandu teksi mualaf yang berusia 63 tahun.

Dalam perkongsian tersebut, Ustazah Asma' memberitahu bahawa pemandu teksi yang dikenali sebagai Pak Cik Mikhail dan dia selalu hadir ke tempat ustazah untuk belajar Al-Quran, fardhu ain, berbuka puasa sama serta solat jemaah terawikh.

Pakai baju kegemaran

Sama seperti malam-malam sebelumnya, Pak Cik Mikhail akan datang untuk belajar, berbuka puasa serta solat jemaah tapi melihat keadaan pak cik itu memakai baju pink yang sudah berlubang-lubang kecil membuatkan Ustazah Asma' tumpah rasa simpati terhadapnya.

"Ini baju saya ada dan saya sangat suka, sudah 3 tahun lebih selalu pakai jadi ini macam laa..."

-Pak Cik Mikhail-

Melihat keperitan dan kesusahan hidup orang membuatkan kita sepatutnya lebih bersyukur dan saling membantu lebih-lebih lagi di bulan mulia ini.

Siapa sahaja yang ingin hidup dalam keadaan seperti itu, namun setiap manusia itu tidak pernah terlepas daripada ujian. Moga kebaikan yang kita buat menjadi asbab orang lain mampu tersenyum bahagia.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen