"Kuat ya sayang, isterimu tunggu di rumah..." - Isteri krew kapal selam harap keajaiban berlaku

Oleh: Zuzu Yasmine

Kehilangan kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) iaitu KRI Nanggala-402 dipercayai telah terputus hubungan ketika sedang menjalani sesi latihan di perairan berhampiran Bali sejak dua hari lalu.

Difahamkan, kapal gergasi itu telah membawa seramai 53 orang kru yang masing-masing tentunya seorang anak, ayah, suami, serta datuk kepada mereka -mereka berada di darat ketika ini.

Lebih sebak lagi, apabila bekalan oksigen kapal selam tersebut hanya mampu bertahan sehingga pukul 3 malam tadi yang sememangnya mengundang sebak ramai.

Isteri tunggu di rumah

Sehubungan itu, tular di TikTok akan isteri-isteri kepada kru-kru tersebut yang mengharapkan doa ramai agar kapal selam tersebut dijumpai dengan segera.

Dengan tanda pagar prayforNanggala402, video dimuat naik oleh megdhi yang merupakan isteri kepada salah seorang anak kapal ini telah menjadi perhatian netizen.

Berkongsi moment indah saat bersama suami serta perbualan akhir mereka, difahamkan pasangan ini baru sahaja dua bulan bergelar suami isteri.

“Kuat yaa sayang, cepet pulang istrimu menunggu dirumah #prayforNanggala402,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Mohon doa ramai

Selain itu, terdapat video lain daripada seorang isteri yang juga bakal ibu memaparkan saat-saat manis bersama suaminya yang juga merupakan anak kapal kepada kapal selam tersebut.

Wanita yang sedang hamil itu mengharapkan doa ramai daripada warga TikTok buat suaminya serta krew kapal selam itu agar ditemui segera.

“Warga tiktok minta bantuan doa buat suami dan seluruh crew kapal selam nanggala-402 #prayfornanggala402,” tulisnya.

Moga ada keajaiban berlaku

Sehubungan itu, rata-rata netizen turut merasa sebak akan perkongsian tersebut selain mendoakan agar keajaiban berlaku dan semua krew kapal tersebut dalam kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dengan sihat dan selamat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen