"Jangan pergi..." - Seolah petanda, anak meronta tak benarkan ayah naik kapal Nanggala 402 sebelum kejadian

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih tak berhenti berharap akan keajaiban dan terus berdoa, itulah yang mampu dilakukan oleh keluarga krew-krew kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) iaitu KRI Nanggala-402 yang hilang di perairan berhampiran Bali sejak dua hari lalu.

Malah, setakat ini hanya satu titik magnet yang cukup kuat berjaya dikesan di lokasi kehilangan kapal selam berkenaan sekaligus menjadi petunjuk utama pasukan penyelamat.

Anak halang & kurung bapa

Sehubungan itu, tular akan satu video menyentuh hati di media sosial dimana anak salah seorang krew kapal selam tersebut bertindak menghalang bapanya untuk keluar daripada bilik.

Menerusi video yang tular tersebut, dapat dilihat seorang anak lelaki cuba sedaya upaya cuba mengurung bapanya di dalam bilik agar tidak boleh keluar berkerja.

Seperti dapat rasa nasib menimpa

Anak lelaki itu juga seakan-akan mempunyai firasat bahawa akan terjadi sesuatu pada ayahnya hingga membuatkan dia berusaha sekuat hati menolak bapanya agar terus berada di bilik tersebut.

Akibat terlalu memaksa dan menahan ayahnya untuk keluar dari bilik tersebut, anak kecil itu dilihat seperti ingin menangis serta berharap bapanya tidak keluar dari situ.

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh isterinya beberapa hari sebelum krew tersebut bertugas di KRI Nanggala-402.

Meskipun sudah beberapa hari berlalu namun, diharapkan agar kapal selam tersebut segera ditemui dan kesemua krew dapat kembali bersama keluarga masing-masing dalam keadaan sihat. Amin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen