Tak nak menantu kerja kilang, gadis kecewa dihina ibu bekas kekasih kini bakal kahwin dengan tentera

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi satu kebiasaan seseorang itu memandang pangkat ataupun harta. Namun, itu bukan satu alasan untuk menghina seseorang berdasarkan punca rezekinya.

Itulah yang pernah dilalui oleh gadis ini namun, kini dia bersyukur apabila ada insan yang sudi menerima dirinya setelah menerima lemparaan kata-kata hina oleh keluarga bekas kekasihnya.

Masih teringat-ingat apa dicakap

Menerusi video dimuat naik menerusi TikTok, Faten Syazwani mengakui rasa kecewa apabila pekerjaannya sebagai pekerja kilang dipandang rendah oleh ibu bekas kekasihnya.

“Maaf la dik, makcik tak nak menantu kerja kilang. Nanti cucu makcik semua takde pelajaran,” kata ibu kepada lelaki berkenaan.

Mesra dengan panggilan Ateyn, dia mengakui kecewa akan perkara tersebut dan telah membuat keputusan bagi menjauhkan diri daripada anak lelaki wanita berkenaan.

“Aku buat dia benci aku. Aku langsung tak cerita pasal mak dia hina aku. Walau macam mana pun, aku tak nak dia benci mak dia,” kongsinya.

Bertemu dengan lebih baik

Bagaimanapun, perancangan Allah lebih baik apabila dia kini teruja untuk mendirikan rumah tangga bersama seorang anggota tentera yang dikenali sebagai Sahrizal selepas mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu.

Dalam video berdurasi 20 saat itu juga, Faten bersyukur kerana keluarga bakal suami menerima dia seadanya tanpa memandang pekerjaan malah dianggap seperti keluarga sendiri.

“Alhamdulillah, lagi beberapa hari aku bergelar isteri orang. Keluarga bakal suami terima aku seadanya, mak dia dah anggap aku macam anak sendiri,” ujarnya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen