Setahun tanggung rindu, bapa gagal kawal emosi tak sempat jumpa anak buat kali terakhir

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika ini pastinya masing-masing sedang menanggung rasa rindu akan keluarga serta ibu bapa di kampung halaman berikutan larangan rentas negeri masih lagi dilaksanakan di negara ini.

Hanya dengan doa dan harapan sahaja untuk memastikan keluarga dan ibu bapa yang jauh di mata dalam keadaan sihat dan sentiasa selamat.

Bagaimanapun, khabar duka menimpa keluarga ini berikutan kehilangan kakak sulungnya selepas setahun tidak bertemu berikutan penularan Covid-19.

Terpisah hampir setahun

Menerusi video yang dikongsi oleh sorang gadis di TikTok dikenali sebagai Haifaa berkongsi reaksi bapanya saat berdepan akan berita sedih tersebut.

Berdasarkan video tersebut, dapat dilihat bapa gadis begitu sedih hingga tidak mampu mengawal emosinya.

“Ya Allah kau kuatkanlah hati abah mama. Dari Ganu sampai Selangor tak berhenti abah menangis,” kongsi gadis berkenaan.

Menurut Haifaa, sepatutnya kakak sulungnya itu pulang ke Terengganu dalam masa terdekat namun, ajal terlebih dahulu menjemputnya.

Ayah memang rindu

Gadis tersebut juga menyatakan bahawa bapanya sememangnya rindu kepada kakak sulungnya itu dan disebabkan pemergian secara tiba-tiba membuatkan dia rasa bersalah.

“Abah memang rindukan along. Abah rasa bersalah sampai tahap tak boleh kawal dia punya emosi,” katanya.

Video berdurasi 19 saat itu memaparkan keadaan bapanya yang kelihatan begitu sebak dan tidak tahan menaggung kesedihan.

Macam mimpi tapi takdir Allah

Dalam video yang lainnya, Haifaa berkongsi saat dia sekeluarga menziarahi pusara kakak sulungnya malah, dapat dilihat juga abang ipar serta ayahnya sebak menahan kesedihan.

Al-fatihah buat kakak sulung gadis ini, diharapkan kesemua ahli keluarga cekal dan tabah hadapi ujian tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen