Excited jumpa adik, gelagat Aafiyah lihat adik di sebelah tarik perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

19 April lalu, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Mesra dengan panggilan TokTi atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin itu telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki seberat 3.84kg menerusi kaedah pembedahan.

Bangun tidur adik ada sebelah

Terbaru, pelantun lagu Anta Permana telah memuat naik satu video dimana memaparkan reaksi anak sulungnya Siti Aafiyah melihat adiknya saat baru sahaja bangun dari tidur.

“Ayah buat surprise kat kakak Aafiyah.. Tiba tiba Adik ada di sebelah, terus bangun senyum meleret,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam video tersebut dapat dilihat Aafiyah yang kini berusia tiga tahun begitu teruja dan gembira melihat kehadiran adiknya di sisi berserta ayahnya.

Malah, penyanyi kesayangan ramai itu juga turut bertanya perasaan anaknya adakah dia gembira melihat adiknya dan dengan pantas Aafiyah mengangguk.

"Sayang kakak dekat adik"

Sehubungan itu, rata-rata netizen memuji akan kecomelan Aafiyah selain turut menganggap anak sulung penyanyi terkenal itu adalah seorang penyayang.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen