Terpaksa goncang kereta, budak perempuan 'tidur mati' dengan cermin tertutup cetus kebimbangan

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam tular video seorang kanak-kanak perempuan ditemui sedang lena tidur di dalam kereta milik ibunya dengan tingkap tertutup mencetuskan kebimbangan ramai.

Menerusi video tersebut, orang ramai serta ibu kepada kanak-kanak tersebut cuba membangunkan dia yang terlihat lena di dalam kereta.

Sejenis 'tidur mati'

Ibu kepada kanak-kanak itu juga memaklumkan bahawa anak perempuannya itu sememangnya ‘tidur mati’ membuatkan dia tidak kesah akan apa yang berlaku di sekelilingnya.

Goyang & ketuk cermin kereta

Berdasarkan video tersebut dapat dilihat orang ramai menggoyang kereta tersebut sambil menjerit dan mengetuk cermin kereta untuk membangunkan kanak-kanak berkenaan, namun dilihat dia masih lena dalam tidurnya.

Meskipun beberapa kali matanya seakan terbuka sedikit namun, kanak-kanak itu tetap meneruskan tidur.

Nasib baik bangun

Namun selepas digoncang beberapa kali kereta dan diketuk cermin, barulah kanak-kanak itu sedar dan terlihat seakan mamai serta keliru ketika disuruh membuka pintu kereta.

Tolong jangan tinggalkan anak dalam kereta

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian netizen yang turut bimbang sekiranya berlaku apa-apa kejadian tidak diingini serta berharap agar semua ibu bapa lebih berhati-hati dengan tidak meninggalkan anak kecil di dalam kereta.

Selain itu, netizen juga cukup terharu dan bangga akan kerjasama berbilang bangsa yang datang menghulurkan bantuan ketika saat mendebarkan itu.

Kagum berbilang bangsa hulur bantuan

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen