Cuak cari anak tak jumpa, ibu 'geleng kepala' rupanya menyamar jadi patung

Bagi ibu bapa yang memiliki anak kecil pasti rasa susah untuk bawa mereka ketika berbelanja atau membeli belah di pasaraya besar lebih-lebih lagi apabila mereka seorang yang agreasif dan tidak mahu sentiasa dipegang.

Sebagai ibu bapa, ingin juga kita membawa mereka bersiar-siar tetapi apabila memikirkan semula tentang keselamatan di luar sana, ibu bapa lebih memilih untuk membeli belah tanpa bersama anak kecil mereka.

Cuak anak 'hilang radar'

Bagaimanapun, menerusi perkongsian video di Tiktok oleh seorang pengguna platform tersebut yang juga merupakan seorang ibu telah berkongsi sebuah video yang menyaksikan gelagat anaknya ketika berada di pusat membeli belah.

 

 

Cemas mencari anaknya ketika membeli pakaian untuk si kecil itu, namun setelah mencari di bahagian yang sama rupanya anaknya sedang berdiri bersama dengan patung pakaian yang berada di situ.

Panjang akal betul

Gelagat itu jelas sekali menghiburkan hati si ibu kerana tidak menyangka anaknya akan berbuat demikian dan begitu juga reaksi warganet melihat perkongsian video tersebut.

'Berangan jadi model'

'Dunia fantasi lebih seronok'

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen