Saling berlaga pipi dan tiada penjarakan, majlis anjuran 'Instafamous' terima kecaman

Bukan sekali dua bahkan sudah berkali-kali situasi ini menjadi isu sekaligus menjadi bualan ramai orang apabila melihat kebanyakan majlis dibuat tanpa mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)  yang menetapkan untuk memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan menghadkan bilangan tetamu yang hadir pada satu masa.

Hal ini jelas sekali menjadi kebimbangan lebih-lebih lagi kerana kesannya melibatkan semua orang susulan peningkatan kes harian sekaligus aktiviti rentas negeri sama sekali tidak dibenarkan sejak sekian lama.

Majlis Instafamous terima kecaman

Belum reda isu langgar SOP ini, satu lagi majlis anjuran seorang Instafamous menjadi tumpuan wargamaya sejak semalam apabila dilihat majlis tersebut dihadiri oleh tetamu yang ramai serta tiada penjarakan antara mereka.

Situasi ini jelas sekali membuatkan orang ramai tidak puas hati kerana saat semua rakyat berusaha membantu kerajaan ingin mengekang wabak ini tetapi ada pula segelintir pihak yang pentingkan diri sendiri dengan berbuat demikian.

'Penatlah hidup macam ni'

 

'Tak sepatutnya buat majlis'

 

'Tak ada sensitiviti ke'

'Sukahati je rapatkan saf'

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen