Dikesan di pintu masuk KLIA, mutasi berganda India kini di Malaysia

Memetik laporan Berita Harian, Malaysia kini merekodkan kes pertama kemasukan varian Covid-19 dari India dengan mutasi berganda yang dikenali sebagai B.1.617.1.

Menurut Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr Adham Baba, mutasi itu dikenal pasti hasil analisi keseluruhan jujukan genom (WGS), selepas saringan dibuat di pintu masuk utaman negara.

Varian yang menyumbang penularan secara besar-besaran

Sehubungan itu, kes mutasi beganda ini difahamkan menyumbang hampir 60 peratus daripada penularan secara besar-besaran di India ketika ini dikesan menerusi seorang warga Republik itu.

"Kita mengesan kes pertama varian India, dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1 menerusia kemsukan seorang kerakyatan Indian apabila melakukan saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)."

-Adham Baba-

Kadar pertumbuhan lebih tinggi

Untuk makluman, varian mutasi berganda ditemui di India pada 27 April lalu dan laporan Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID) mendapati ia menular di sekurang-kurangnya 17 negara di seluruh dunia tiga hari kemudian.

Selain itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan mutasi berganda dari India itu mempunyai kadar pertumbuhan virus Covid-19 yang lebih tinggi berbanding varian sedia ada di republik berkenaan, sekaligus dikhuatiri menjadi punca utaman peningkatan jangkitan secara mendadak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen