Tak semua orang lahir dalam keluarga yang sempurna. Adakalanya kita lihat hidup mereka mewah dengan harta namun, tak dapat merasai kebahagiaan dan ada juga yang datang dari keluarga yang serba serbi kekurangan namun mereka kaya dengan kasih sayang dan kebahagiaan.
Pun begitu, kita perlu sentiasa mensyukuri apa yang kita ada hingga saat ini kerana kebahagiaan itu akan dirasai apabila kita merasa cukup tanpa membanding-bandingkannya dengan orang lain.
Hadiah special sempena ulang tahun
Menerusi video Tiktok yang dikongsikan oleh Farisa menceritakan tentang hadiah yang diberi oleh ayahnya sempena ulang tahun kelahirannya pada hari tersebut.
Sudah menjadi kelaziman buat yang menyambut ulang tahun kelahiran pasti akan ada hadiah tidak kiralah besar atau kecil, mahal atau murah nilainya tapi cukup untuk meraikan hari tersebut dan begitulah yang dirasakan oleh Farisa.
Namun, apa yang membuatkan dia pelik adalah apabila ayahnya membawa ke pejabat untuk membincangkan tentang tanah dan saham dan secara tidak langsung itulah hadiah untuknya sempena ulang tahun yang ke-17 tahun.
'Sentiasa bersyukur'
'Inshaa Allah anak dapat rasa'
'Cukup dapat tengok ayah lagi'
Tinggalkan Komen