"Majlis anjuran 'Instafamous' didakwa langgar SOP, semua yang terlibat akan dipanggil." -Pihak Polis

Sebelum ini telah tular di media sosial berkenaan dengan Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 yang diadakan di sebuah hotel yang dianjurkan oleh 'Instafamous' yang mana jika dapat dilihat majlis tersebut tidak mengetengahkan pematuhan SOP sehingga menjadi bualan wargamaya.

Majlis Didakwa langgar SOP

Berikutan perkara tersebut, polis sudahpun membuka kertas siasatan dan siasatan sedang dijalankan selepas didapati berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB).

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi iaitu Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berhubung majlis yang diadakan pada 29 April lalu, setakat ini tiga individu membabitkan penganjur dan seorang daripada pihak pengurusan hotel sudah dipanggil memberi keterangan.

"Siasatan dijalankan selepas penularan gambar menunjukkan majlis berbuka puasa berlangsung dengan kehadiran orang ramai."

"Penelitian ke atas gambar mendapati wujudnya pelanggaran SOP penganjuran majlis sosial PKPB iaitu tiada penjarakan fizikal."

-Zainal Abdullah-

Semua terlibat akan dipanggil

Selain itu, beliau turut mendedahkan senarai artis yang turut terlibat di dalam majlis tersebut iaitu Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz.

Bagaimanapun, tambah beliau lagi semua mereka yang terbabit akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan dalam masa terdekat.

"Kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan selesai dijalankan mengkiut Seksyen 21 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Peraturan 19."

-Zainal Abdullah-

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen