Hanya bertahan beberapa bulan lepas rujuk, Anju sah bercerai buat kali kedua

Peristiwa Januari lalu kembali terjadi kepada dirinya apabila dia disahkan bercerai buat kali pertama walaupun baru 6 bulan mendirikan rumah tangga namun mereka kembali rujuk dengan bekas suaminya selepas sebulan berpisah.

Sah bercerai buat kali kedua

Terbaharu, pelakon yang dikenali sebagai Zarina Anjoulie atau mesra disapa Anju sekali lagi mengejutkan dunia hiburan setelah dia memuat naik kenyataan di Instagram yang mengesahkan bahawa dia telahpun bercerai buat kali yang kedua.

Hubungan bermasalah lepas rujuk

Dalam muat naik Insta Story, kenyataan Anju seperti mendedahkan bahawa hubungan mereka selepas rujuk tidak berapa baik sebaliknya kerap bergaduh dan mempunyai perselisihan faham sehingga menyebabkan perkataan 'cerai' diketengahkan setiap kali bergaduh.

 

Kenyataan bekas suami 

Di samping itu, bekas suami Anju iaitu Eilyas Azhar turut memuat naik kenyataan yang menunjukkan bahawa sudah banyak kali dia beri peluang kepada bekas isterinya sehingga sampai satu tahap kesabarannya hilang dan memilih untuk berpisah buat kali kedua.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen