Berbelas tahun jadi kawan rapat, gadis pinang BFF untuk abang

Setiap orang pasti akan ada seseorang yang paling dia percaya dalam hidupnya, saling berkongsi luahan dan rahsia antara mereka juga dijaga rapi dan itulah dipanggil teman rapat atau 'Best Friend Forever' (BFF).

Namun, kebanyakan persahabatan akan terpisah ketika masing-masing telah tamat pengajian di Universiti ataupun sekolah sehingga menyebabkan mereka tidak lagi berhubung untuk tempoh waktu yang lama.

Pinang abang untuk BFF

Lain pula kisahnya dengan dua orang sahabat ini apabila hubungan persahabatan mereka terus berkekalan sehingga salah seorang daripada mereka bakal menjadi kakak iparnya.

 

Video tersebut telah dikongsi oleh Aira yang menyaksikan moment keluarganya datang meminang salah seorang sahabatnya untuk menyampaikan hasrat si abang yang ingin menjadikannya isteri.

'Muka seiras'

'Mesti BFF baik sangat'

'Alahai tak ada abang'

Begitulah percaturan Allah yang tiada siapa tahu, boleh jadi apa yang depan mata itulah milik kita sedangkan selama ini kita terlalu jauh berangan-angan. Bagi yang sedang berusaha teruskan berusaha dan berdoa agar dipertemukan dengan pasangan yang baik akhlak serta bertanggungjawab.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen