"Saya penat merayu..." - Bekas suami tak beri kerjasama, wanita kecewa anak tak kenal wajah ibu

Oleh: Zuzu Yasmine

Penceraian itu adalah perpisahan antara suami dan isteri, bukannya kepada anak-anak yang masih perlukan kasih sayang kedua-duanya.

Meskipun sudah tidak sefahaman lagi, anak-anak tidak boleh dijadikan mangsa malah perlu ada sikap tolak ansur terutama soal hak penjagaan yang menjadi tanggungjawab utama.

Sehubungan itu, tular akan sebuah video di platform TikTok memaparkan seorang wanita menangis sambil memeluk anaknya kerana dipercayai bekas suami menghalang pertemuan anak beranak itu.

Ini mama sayang...

Menurut wanita yang dikenali sebagai Chetah_Shita itu dia meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya enggan memberi kerjasama sehingga anak-anaknya tidak mengenali dirinya sebagai ibu kandung mereka lagi.

“Nak jumpa anak-anak susah, bekas suami tak bagi kerjasama. Anak-anak sampai tak kenal aku ibu mereka. Korang ingat janda tu bahagia ke?,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Rakaman video turut memaparkan saat seorang lelaki cuba menarik lengan wanita tersebut secara kasar yang dipercayai bekas suami kepada Chetah_Shita.

Berdasarkan video tersebut juga dapat dilihat akan reaksi anaknya yang menangis dan tidak mahu dipeluk, namun wanita berkenaan cuba memujuk dan mengenalkan dirinya sebagai mama kepada anak itu.

Semoga selepas hujan ribut datangnya pelangi

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian netizen yang rata-rata bersimpati akan nasib wanita itu. Selain turut mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan selepas ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen